Friday, 11 November 2011

minggu 13 :: PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Rasional

1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih 
awal dari semasa ke semasa.
3. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
4. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya
5. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

Prinsip-prinsip

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

i.Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

ii.Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

iii.Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

iv.Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

v.Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.


Ciri – ciri

Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah.Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:

1. Kerja kursus / PEKA

• Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
• LPM membekalkan dokumen pentaksiran
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
• Markah dihantar kepada LPM
• Sekolah mengeluarkan sijil

2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.
  
Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah
Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya kreatif, contoh; mereka cipta, melukis.
ii. Kemahiran proses sains, contoh; memerhati, membuat inferens.
iii. Perlakuan dan amalan nilai, contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap, contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan dan kecergasan, contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi. Kemahiran kinestetik, contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
vii. Bakat dan minat, contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

minggu 12 :: PENILAIAN BERASASKAN PROJEK

Penilaian melalui Projek 

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secaraindividu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap prosessehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

"Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).
Tujuan
• Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
• Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
• Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
Ciri-ciri penilaian projek
• Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
• Jangka masa yang panjang
• Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
• Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
• Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
• Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
• Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
• Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
• Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
• Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
Jenis-jenis penilaian Projek
• Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
• Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
• Portfolio- koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
• Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.
Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
• Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek
• Langkah 2 : Penilaian awal projek.
• Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
• Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
• Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

Contoh Penilaian Bahasa Berasaskan Projek 

Brosur 
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.
Markah Keterangan(asli dan kreatif,fungsi,tatabahasa dan ilustrasi)


Markah Keterangan(asli dan kreatif,fungsi,tatabahasa dan ilustrasi)

Lemah (0-5) 
• Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
• Reka bentuk dan paparan yang salah
• Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
• Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.

Sederhana (6-8)
• Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
• Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
• Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
• Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. 

Cemerlang (9-10)
• Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
• Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
• Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
• Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

Iklan 
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua,iklan adalah bentuk salah satu komunikasi yang bermaksud untuk memujuk seseorang (pembaca atau pendengar) untuk membeli atau mengambil tindakan ke atas idea atau produk yang diiklankan.Iklan terbahagi kepada dua jenis iaitu iklan komersial dan iklan bukan komersial.Iklan komersial lebih kepada produk manakala iklan bukan komersial termasuklah iklan sesuatu organisasi,keagamaan parti politik dan lain-lain lagi.
Terdapat pelbagai jenis media yang digunakan untuk menyampaikan iklan, termasuklah media cetak iaitu majalah,akhbar dan media elektronik seperti televisyen,radio dan internet.

Power Point
Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara profesional. Melalui perisian ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti format latar belakang, reka bentuk, warna, teks, animasi, dan ciri-ciri pengawalan masa yang akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang profesional.
Perisian ini bermatlamat untuk menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat tempatan dan mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran berintegrasi teknologi.

Antara ciri-ciri perisian ini ialah pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa.Kedua,bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria iaitu hasil ciptaan sendiri,berkonsepkan pembelajaran kendiri dan interaktif.

Aspek penilaian adalah seperti berikut:
• Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
• Keberkesanan kesinambungan persembahan 
• Ketepatan isi kandungan
• Kelengkapan laporan
• Cara penyampaian maklumat
• Keistimewaan persembahan
• Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
• Masa terhad untuk persembahan.


Laman web
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua,Laman Web ialah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.

mingguI 11 :: PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Pendahuluan 

Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan pelbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar. Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa ujian atau tidak. Penilaian pembelajaran merupakan salah satu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, kepintaran, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan sahsiah murid.

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN 

Tema : Pengalaman
Kompetensi Dasar


•Menerapkan gaya hidup sihat di rumah .
Indikator
•Memberi contoh gaya hidup sihat di rumah .
•Menyebutkan manfaat mengamalkan gaya hidup sihat.

Langkah-Langkah Pembelajaran 

Kegiatan Awal
•Apresiasi: Menyanyikan lagu 

Kegiatan Inti
•Menceritakan gaya hidup sihat yang di amalkan di rumah.
•Memberi contoh gaya hidup sihat di rumah.
Menyebutkan manfaat mengamalkan gaya hidup sihat di rumah.
(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadual pelajaran masing-masing sekolah)

Kegiatan Akhir
•Murid membuat buku skrap.
•Pelajaran diakhiri dengan lagu “Malaysia Cergas”

TEKNIK, SUMBER DAN MEDIA PEMBELAJARAN
Teknik 
• Ceramah 
• Demonstrasi
• Permainan 
• Tanya Jawab
• Tugas
Sumber
• Buku teks 
• Majalah
• Akhbar
Media
• Kad Huruf
• Kad Kata
• Gambar-gambar yang sesuai
Penilaian 
• Lisan 
• Bertulis
• Sahsiah
Ciri-Ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 



Kaedah Jigsaw 

Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui 
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

• Pergantungan secara positif 
• Tanggungjawab 
• Interaksi secara terus (bertentang mata) 
• Mempraktikkan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian 
• Penilaian kendiri secara berterusan 

Kritikan Terbuka 

Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan rancangan bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas. 
Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi. Semasa pelajar menyampaikan refleksi, seorang panel penilai akan memberi markah atas refleksi yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. 
Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

Penilaian Rakan Kumpulan

Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000). 

Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). 
Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

minggu 10 :: PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Forum

Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk dan dijalankan secara formal.Aktiviti berforum merupakan salah satu aktiviti lisan kerana terdapat dua kemahiran ayng digunakan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.Forum merupakan aktiviti yang sesuai kerana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung seterusnya meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.Aspek yang diberi penekanan ialah intonasi dan tatbahasa.Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar dan soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya

Debat

Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.Huraian yang dilontarkan semasa berdebat mestilah berpandukan kepada fakta.Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.Pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

Pidato

Pidato ialah huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.Merupakan interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton. 

Pantun
Pantun merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaanDari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang iaitu 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

Sajak
Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.


Ceramah
Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya


Syarahan
Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :

(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup

Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan iaitu :

Peringkat / Langkah Kemahiran:

1) Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

2) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3) Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca.
• Menyemak tatabahasa

minggu 9 :: PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Penilaian Kemahiran Bahasa
• Penilaian kemahiran mendengar dan bertutur
• Penilaian kemahiran membaca
• Penilaian kemahiran menulis

Pengenalan:

Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.Kemahiran mendengar ialah kemahiran paling asas dan berlaku pada peringkat penerimaan.Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yang didengar.Kemahiran bertutur ialah melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada alat artikulasi.

Tujuan Kemahiran Lisan:
• Menyebut perkataan / ayat dgn betul.
• Melatih murid mendengar dan memahami pertuturan orang lain.
• Untuk berinteraksi dengan orang lain. 
• Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yg sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas. 

Kemahiran yang boleh diperolehi murid:

• Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul.
• Bertutur dengan nada, intonasi, dan sebutan yang betul.
• Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar dan menghormati pertuturan org lain.
• Bercerita dan membuat laporan menggunakan bahasa yang menarik dan betul.
• Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
• Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

Contoh Penilaian Kemahiran Lisan Yang Dibuat:

• Bacaan kuat-syarahan
• Perbahasan
• Bercerita
• Perbincangan
• Hafazan

Penilaian Lisan membolehkan guru:

• Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
• Mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
• Mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
• Mengesan kelancaran dalam sebutan.
• Mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Contoh : PLBS

• Menyediakan Instrumen soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
• Aktiviti atau bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.-pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
• Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.


5.1 KEMAHIRAN MENDENGAR

Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.Pendengaran berlaku melalui latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat dan individu lebih banyak belajar daripada pengalaman daripada kecerdasan otak.Berlaku melalui pemikiran, bukan perasaan.Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi proses mendengar iaitu aspek fizikal, psikologi, neurologi .

Peringkat kemahiran mendengar:

1. Mendengar deretan bunyi
2. Memahami bunyi-bunyi yang didengar
3. Menilai bunyi-bunyi yang didengar
4. Bertindak terhadap bunyi

Jenis-jenis mendengar:

1. Mendengar pasif:
• Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujarkan
• Faktornya bahan tidak menarik, tidak bermakna dan mengikut persekitaran

2. Mendengar secara bertelau-telau:
• Berlaku pada pelajar bahasa ke-2.
• Lemah dalam bahasa yang dipelajari dan tidak didedahkan kepada suasana 
bahasa tersebut.

3. Mendengar tanpa tindak balas:
• Mendengar tetapi tidak bertindak balas.
• Tidak beremosi dan tidak memahami

4. Mendengar secara menebuk-nebuk:
• Berlaku pada pelajar bahasa ibunda.
• Pasti dan yakin telah menguasai bahasa tersebut tetapi sebenarnya tidak menguasainya.

5. Mendengar secara beremosi:
• Mendengar dan mampu meransang emosi.
• Merasa sesuatu dan bertindak balas.

6. Mendengar secara berhati-hati:
• Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat).
• Memahami ujaran dengan tepat.

7. Mendengar secara kritikal: 
• Mampu membezakan yang benar dan palsu (berfikir kritis dan analitis)

8. Mendengar secara pengamatan:
• Murid sudah mampu berfikir kritikal.
• Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yang didengar lebih bermakna)

9. Mendengar secara kreatif:
• Mengulas, mengritik, menilai.
• Mencapai penguasaan bahasa yang baik






Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh:
1. Peringkat awal:
• Melakukan sesuatu yang disuruh.
• Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. 
• Mengecam, mengajuk da nmemilih bunyi.

2. Peringkat pertengahan:
• Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci).
• Mengesan urutan dan mengenal sebab dan akibat

3. Peringkat maju:
• Mengenal isi-isi penting.
• Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap.
• Mentafsir maksud
• Memberitahu tekanan dan intonasi


5.2 KEMAHIRAN BERTUTUR

Gabungan bunyi-bunyi bahasa dan berlaku pada peringkat penglahiran (setelah penutur belajar daripada pengalaman berbanding kecerdasan otak.Dipengaruhi oleh aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, Pertuturan dikuasai dengan menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek pertuturan:

• Sebutan
Murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna. 

• Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.Biasanya dilakukan pada suku kata.dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.Lambangnya ialah /?/.Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

• Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkanLambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

• Kefasihan
Boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur,
lancar, tepat dan jelas.

• Laras bahasa 
Kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau
situasi yang sesuai melatih pelajar menggunakan bahasa mengikut 
larasnya.

• Tatabahasa 
Merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan
perkataan untuk membentuk ayat-ayat.Tatabahasa terdiri daripada fonologi, 
morfologi dan sintaksis.

• Jeda
Persendian yang digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti 
perkataan, rangkai kata atau ayat.Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda 
digunakan sebagai hentian sebentar.

• Intonasi
Merupakan bunyi yang menaik atau menurun.Intonasi juga disebut sebagai nada suara intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.Intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

• Nada
Keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.nada tidak bersifak fonemik.

• Kelancaran
Kebolehan bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.Murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

5.3 KEMAHIRAN MENULIS

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti karangan,laporan projek/kerja kursus/ dan sebagainya. Instrumen penilaian penulisan digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :

Penilaian kemahiran menulis termasuklah:
• Menyusun idea
• Penggunaan tanda baca
• Perbendaharaan kata
• Mengaplikasi
• Mentafsir
• Menilai 

5.4 KEMAHIRAN MEMBACA

Konsep membaca ialah satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis.Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.Tujuan membaca mengetahui isi-isi penting,menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dandiingatiemastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas supaya mudah diingati dan difahami.Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks.Hasil pembacaan ialah pemahaman apa yang dibaca daripada pengecaman daan penyebutan huruf,perkataan dan ayat.
Teknik Membaca 
Tekniik KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut :
• K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
• W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
• L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
• H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik Membaca PQRST 
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

Preview (Tinjau)
Tinjau tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut. 

Question (Soal)
Soal diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca. 

Read (Baca)
Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil membaca bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri) 

Menyebut kendiri ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.

(e) Test (Uji)

Uji diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

Penilaian pengajaran kemahiran membaca bertujuan untuk:

• Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut perkataan yang dibentuk daripada jalinan huruf-huruf. Dengan perkataan lain, murid dapat mengeja, menyebut perkataan dan membunyikan keseluruhan ayat yang lengkap.

• Guru melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul berdasarkan teks yang dibaca. Hal ini dapat melahirkan pelajar menguasai bacaan dengan baik.

• Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan. Pelajar yang hanya membaca tanpa memahami isi kandungan yang sebenarnya tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. Fungsi membaca ialah memahami isi kandungan yanag dibaca. Justru,
pelajar mesti tahu, faham dan dapat menaakul bahan bacaan.

• Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan cepat, pantas,tepat dan menyatakan semula isi bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami.