Forum
Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk dan dijalankan secara formal.Aktiviti berforum merupakan salah satu aktiviti lisan kerana terdapat dua kemahiran ayng digunakan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.Forum merupakan aktiviti yang sesuai kerana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung seterusnya meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.Aspek yang diberi penekanan ialah intonasi dan tatbahasa.Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar dan soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya
Debat
Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.Huraian yang dilontarkan semasa berdebat mestilah berpandukan kepada fakta.Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.Pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.
Pidato
Pidato ialah huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.Merupakan interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
Pantun
Pantun merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaanDari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang iaitu 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
Sajak
Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
Ceramah
Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya
Syarahan
Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan iaitu :
Peringkat / Langkah Kemahiran:
1) Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
2) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
3) Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca.
• Menyemak tatabahasa
No comments:
Post a Comment