Penilaian Kemahiran Bahasa
• Penilaian kemahiran mendengar dan bertutur
• Penilaian kemahiran membaca
• Penilaian kemahiran menulis
Pengenalan:
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.Kemahiran mendengar ialah kemahiran paling asas dan berlaku pada peringkat penerimaan.Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yang didengar.Kemahiran bertutur ialah melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada alat artikulasi.
Tujuan Kemahiran Lisan:
• Menyebut perkataan / ayat dgn betul.
• Melatih murid mendengar dan memahami pertuturan orang lain.
• Untuk berinteraksi dengan orang lain.
• Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yg sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas.
Kemahiran yang boleh diperolehi murid:
• Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul.
• Bertutur dengan nada, intonasi, dan sebutan yang betul.
• Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar dan menghormati pertuturan org lain.
• Bercerita dan membuat laporan menggunakan bahasa yang menarik dan betul.
• Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
• Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.
Contoh Penilaian Kemahiran Lisan Yang Dibuat:
• Bacaan kuat-syarahan
• Perbahasan
• Bercerita
• Perbincangan
• Hafazan
Penilaian Lisan membolehkan guru:
• Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
• Mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
• Mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
• Mengesan kelancaran dalam sebutan.
• Mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Contoh : PLBS
• Menyediakan Instrumen soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
• Aktiviti atau bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.-pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
• Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
5.1 KEMAHIRAN MENDENGAR
Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.Pendengaran berlaku melalui latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat dan individu lebih banyak belajar daripada pengalaman daripada kecerdasan otak.Berlaku melalui pemikiran, bukan perasaan.Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi proses mendengar iaitu aspek fizikal, psikologi, neurologi .
Peringkat kemahiran mendengar:
1. Mendengar deretan bunyi
2. Memahami bunyi-bunyi yang didengar
3. Menilai bunyi-bunyi yang didengar
4. Bertindak terhadap bunyi
Jenis-jenis mendengar:
1. Mendengar pasif:
• Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujarkan
• Faktornya bahan tidak menarik, tidak bermakna dan mengikut persekitaran
2. Mendengar secara bertelau-telau:
• Berlaku pada pelajar bahasa ke-2.
• Lemah dalam bahasa yang dipelajari dan tidak didedahkan kepada suasana
bahasa tersebut.
3. Mendengar tanpa tindak balas:
• Mendengar tetapi tidak bertindak balas.
• Tidak beremosi dan tidak memahami
4. Mendengar secara menebuk-nebuk:
• Berlaku pada pelajar bahasa ibunda.
• Pasti dan yakin telah menguasai bahasa tersebut tetapi sebenarnya tidak menguasainya.
5. Mendengar secara beremosi:
• Mendengar dan mampu meransang emosi.
• Merasa sesuatu dan bertindak balas.
6. Mendengar secara berhati-hati:
• Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat).
• Memahami ujaran dengan tepat.
7. Mendengar secara kritikal:
• Mampu membezakan yang benar dan palsu (berfikir kritis dan analitis)
8. Mendengar secara pengamatan:
• Murid sudah mampu berfikir kritikal.
• Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yang didengar lebih bermakna)
9. Mendengar secara kreatif:
• Mengulas, mengritik, menilai.
• Mencapai penguasaan bahasa yang baik
Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh:
1. Peringkat awal:
• Melakukan sesuatu yang disuruh.
• Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
• Mengecam, mengajuk da nmemilih bunyi.
2. Peringkat pertengahan:
• Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci).
• Mengesan urutan dan mengenal sebab dan akibat
3. Peringkat maju:
• Mengenal isi-isi penting.
• Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap.
• Mentafsir maksud
• Memberitahu tekanan dan intonasi
5.2 KEMAHIRAN BERTUTUR
Gabungan bunyi-bunyi bahasa dan berlaku pada peringkat penglahiran (setelah penutur belajar daripada pengalaman berbanding kecerdasan otak.Dipengaruhi oleh aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, Pertuturan dikuasai dengan menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.
Aspek-aspek pertuturan:
• Sebutan
Murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.
• Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.Biasanya dilakukan pada suku kata.dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.Lambangnya ialah /?/.Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.
• Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkanLambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.
• Kefasihan
Boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur,
lancar, tepat dan jelas.
• Laras bahasa
Kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau
situasi yang sesuai melatih pelajar menggunakan bahasa mengikut
larasnya.
• Tatabahasa
Merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan
perkataan untuk membentuk ayat-ayat.Tatabahasa terdiri daripada fonologi,
morfologi dan sintaksis.
• Jeda
Persendian yang digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti
perkataan, rangkai kata atau ayat.Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda
digunakan sebagai hentian sebentar.
• Intonasi
Merupakan bunyi yang menaik atau menurun.Intonasi juga disebut sebagai nada suara intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.Intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.
• Nada
Keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.nada tidak bersifak fonemik.
• Kelancaran
Kebolehan bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.Murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.
5.3 KEMAHIRAN MENULIS
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti karangan,laporan projek/kerja kursus/ dan sebagainya. Instrumen penilaian penulisan digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
Penilaian kemahiran menulis termasuklah:
• Menyusun idea
• Penggunaan tanda baca
• Perbendaharaan kata
• Mengaplikasi
• Mentafsir
• Menilai
5.4 KEMAHIRAN MEMBACA
Konsep membaca ialah satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis.Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.Tujuan membaca mengetahui isi-isi penting,menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dandiingatiemastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas supaya mudah diingati dan difahami.Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks.Hasil pembacaan ialah pemahaman apa yang dibaca daripada pengecaman daan penyebutan huruf,perkataan dan ayat.
Teknik Membaca
Tekniik KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut :
• K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
• W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
• L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
• H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik Membaca PQRST
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.
Preview (Tinjau)
Tinjau tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.
Question (Soal)
Soal diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.
Read (Baca)
Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil membaca bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri)
Menyebut kendiri ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
Uji diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.
Penilaian pengajaran kemahiran membaca bertujuan untuk:
• Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut perkataan yang dibentuk daripada jalinan huruf-huruf. Dengan perkataan lain, murid dapat mengeja, menyebut perkataan dan membunyikan keseluruhan ayat yang lengkap.
• Guru melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul berdasarkan teks yang dibaca. Hal ini dapat melahirkan pelajar menguasai bacaan dengan baik.
• Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan. Pelajar yang hanya membaca tanpa memahami isi kandungan yang sebenarnya tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. Fungsi membaca ialah memahami isi kandungan yanag dibaca. Justru,
pelajar mesti tahu, faham dan dapat menaakul bahan bacaan.
• Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan cepat, pantas,tepat dan menyatakan semula isi bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami.
No comments:
Post a Comment