Penilaian melalui Projek
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secaraindividu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap prosessehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
"Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).
Tujuan
• Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
• Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
• Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
Ciri-ciri penilaian projek
• Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
• Jangka masa yang panjang
• Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
• Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
• Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
• Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
• Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
• Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
• Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
• Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
Jenis-jenis penilaian Projek
• Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
• Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
• Portfolio- koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
• Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.
Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
• Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek
• Langkah 2 : Penilaian awal projek.
• Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
• Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
• Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
Contoh Penilaian Bahasa Berasaskan Projek
Brosur
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.
Markah Keterangan(asli dan kreatif,fungsi,tatabahasa dan ilustrasi)
Markah Keterangan(asli dan kreatif,fungsi,tatabahasa dan ilustrasi)
Lemah (0-5)
• Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
• Reka bentuk dan paparan yang salah
• Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
• Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
Sederhana (6-8)
• Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
• Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
• Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
• Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
Cemerlang (9-10)
• Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
• Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
• Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
• Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.
Iklan
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua,iklan adalah bentuk salah satu komunikasi yang bermaksud untuk memujuk seseorang (pembaca atau pendengar) untuk membeli atau mengambil tindakan ke atas idea atau produk yang diiklankan.Iklan terbahagi kepada dua jenis iaitu iklan komersial dan iklan bukan komersial.Iklan komersial lebih kepada produk manakala iklan bukan komersial termasuklah iklan sesuatu organisasi,keagamaan parti politik dan lain-lain lagi.
Terdapat pelbagai jenis media yang digunakan untuk menyampaikan iklan, termasuklah media cetak iaitu majalah,akhbar dan media elektronik seperti televisyen,radio dan internet.
Power Point
Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara profesional. Melalui perisian ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti format latar belakang, reka bentuk, warna, teks, animasi, dan ciri-ciri pengawalan masa yang akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang profesional.
Perisian ini bermatlamat untuk menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat tempatan dan mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran berintegrasi teknologi.
Antara ciri-ciri perisian ini ialah pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa.Kedua,bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria iaitu hasil ciptaan sendiri,berkonsepkan pembelajaran kendiri dan interaktif.
Aspek penilaian adalah seperti berikut:
• Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
• Keberkesanan kesinambungan persembahan
• Ketepatan isi kandungan
• Kelengkapan laporan
• Cara penyampaian maklumat
• Keistimewaan persembahan
• Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
• Masa terhad untuk persembahan.
Laman web
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua,Laman Web ialah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.
terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete